Saturday 26 September 2015

15 TEKA TEKI MUDAH TENTANG AL-QURAN




15 teka teki mudah tentang Al-Quran ni saya dapat apabila saya tertengok satu rancangan tv di astro OASIS minggu lepas. Haha. Kebetulan tertengok, saje nak test power ilmu tentang Al-Quran ni lah konon. Last-last kantoi banyak ilmu yang bocor entah ke mana. Hehe

Saya tertarik nak test IQ anda tentang al-quran. Terima kasih saya ucapkan kepada blog lizarazak yg memberikan saya idea teka-teki ni. Jom sama-sama teka dan tengok jawapan di ruangan bawah ye...

Jom tengok daripada 15 teka-teki ni, berapa yang anda kantoi..hehe:

1. Nama-nama lain Al-Quran yang disebut di dalam Al-Quran sendiri:

2. Pertama kali Al-Quran diturunkan di:

3. Tempoh Al-Quran diturunkan:

4. Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:

5. Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:

6. Jumlah ayat Sajdah (ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam Al-Quran:

7. Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam Al-Quran:

8. Berapa kali Al-Quran menekankan mengenai solat?

9. Apakah perkara-perkara yang disentuh dalam Al-Quran?

10. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Yaa aiyu Han nabi?

11. Dalam surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?

12. Siapa orang pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran?

13. Siapa yang memberi nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan Al-Quran?

14. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:

15. Nama nabi yang paling banyak disebut di dalam Al-QUran?

Haa.... berapa soalan yang anda betul jawapannya? huhu...sentap kan? huhu. jangan malu kerana itu menunjukkan anda sedang mencuba memperbaiki dalaman anda

Ni jawapan setiap soalan di atas: 

1.(Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor dan Al-Huda)
2.(Gua Hira (Makkah))
3.(Secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari)
4.(86 atau 19/30 daripada isi Al-Quran)
5.(28 atau 11/30 daripada isi Al-Quran)
6.(15 ayat dalam 14 surah. Terdapat 2 ayat Sajdah dalam surah Al-Haj)
7.(2698)
8.(700)
9.(Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya)
10.(11)
11.(Surah As-Saf ayat 6)
12.(Aisyah r.a)
13.(Saidina Umar Al-Khattab)
14.(Makkiyah – Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas..” dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.
Madaniyah – Berjumlah 4,780, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “yaa aiyuhalladzina aamanu..” dan mengandungi hukum-hukum
15. (Nabi Musa a.s)


Kini saya dah mempunyai 2 naskhah Al-Quran MUMMAYYAZ di mana di dalam telah membantu sy memahami setiap patah perkataan dan banyak membetulkan bacaan Al-Quran bagi orang yang tidak tahu mengaji macam saya.

Jika INGIN nak tahu LANJUT tentang Al-Quran MUMMAYYAZ ni, sy boleh beri detail. Insya Allah ia akan banyak membantu anda.

Wassup sy di 019 960 5804



No comments:

Post a Comment